Nombor plat kenderaan, VDN1 dibida dengan harga RM158,000 oleh seorang individu bernama Tan Vin Shyan.
Bagaimanapun maklumat lanjut individu berkenaan tidak didedahkan.
Beliau adalah antara 10 pembida tertinggi yang bersaing mendapatkan nombor pendaftaran berkenaan melalui sistem JPJeBid.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, ia merupakan keputusan rasmi JPJeBid siri VDN yang berlangsung selama lima hari iaitu bermula 21 Jun hingga 25 Jun lalu.
“Bagi top 5 nombor paling banyak dibida ialah VDN1 jumlah pembida 10 orang, paling tinggi bidaan RM158,000. VDN18, 9 pembida dan paling tinggi RM10,000.
VDN111, 7 pembida dan paling tinggi RM7,999. VDN118 (6 pembida), tertinggi RM5,305 dan VDN188 (6 pembida) dengan tertinggi RM1,280,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Jumlah keseluruhan pembida ada 903 orang dan 463 daripadanya berjaya memperoleh nombor bidaan.
Hasil keseluruhan kutipan bidaan bagi tempoh berkenaan ialah RM1.319 juta.
Melalui JPJeBid, pembida boleh membids seberapa banyak nombor diminati dengan bayaran perkhidmatan RM10 bagi setiap nombor dibida.
“Walau bagaimanapun, setiap individu hanya layak untuk memenangi maksimum tiga nombor kenderaan, manakala bagi syarikat adalah tidak melebihi lima nombor kenderaan,” tambahnya.
Ketika ini, JPJeBid dilaksanakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
JPJ turut bercadang memperluaskannya di negeri-negeri lain pada masa akan datang.
Rahimah Abdullah
Thu Jun 27 2019
Hasil keseluruhan kutipan bidaan bagi tempoh berkenaan ialah RM1.319 juta. - Foto Astro AWANI/Rahimah Abdullah
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Turki lulus usul bidaan Sweden jadi anggota NATO
Kelulusan ini dianggap langkah penting ke arah perluasan pakatan strategik itu selepas tertangguh lebih 19 bulan.
Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.
Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000
Menerusi ruangan komen di Instagram, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat jam 9.31 malam Isnin.
Piala Dunia Wanita: AS, Mexico tunjuk minat anjur edisi 2027
Piala Dunia Wanita: AS, Mexico tunjuk minat anjur edisi 2027
UK, Ireland hantar bidaan anjur Euro 2028
Secara keseluruhan, sebanyak 10 stadium disenaraikan dalam bidaan itu, termasuk Stadium Wembley.
Pembelian Manchester United: Sheikh Jassim, Ratcliffe hantar bidaan kedua
Kedua-dua pihak dijangka meningkatkan tawaran awal mereka selepas tarikh akhir penyerahan dilanjutkan oleh bank Raine yang bertindak sebagai pihak ketiga membantu penjualan kelab itu.
Ratcliffe tak sanggup penuhi harga mengarut beli Manchester United
Ratcliffe menegaskan bahawa dia tidak akan membayar harga yang tidak masuk akal demi menguasai Manchester United.
JPJ Kelantan kutip RM3.6 juta hasil bidaan nombor pendaftaran DEN
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mencatatkan kutipan RM3.26 juta hasil bidaan siri pendaftaran DEN dalam tempoh lima hari.